copy protected

Wednesday, 7 August 2013

Isu Pengaruh Politik

Isu Pengaruh Politik
* Dalam deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) dinyatakan bahwa “semua manusia dilahirkan bebas dan memiliki harga diri dan hak-hak yang sama”.
* Dengan demikian, adanya etika menuntut semua pihak agar saling melindungi fisik dan emosi.
* Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etika dalam pergaulan sehari-hari.
* Ketika seseorang dikatakan santun, maka dalam diri seseorang itu tergambar nilai sopan santun yang berlaku baik di lingkungan dimana sesorang itu merupakan anggota dalam lingkungan masyarakat tersebut.
* Menjadi satu nilai kesantunan yang amat tidak santun apabila pemimpin bercakap secara tidak bersopan dengan pemimpin yang lain semasa menjalankan perbincangan di Dewan Parlimen.
* Oleh itu, pemimpin seharusnya menjadi modal insan kepada penduduk dengan mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian mereka.
* Sebagai contohnya, apabila pemimpin berbincang isu politik antara satu sama lain di Dewan Parlimen, pemimpin tersebut seharusnya menggunakan kata sapaan yang sopan serta tidak menggunakan kata-kata kasar seperti Eh, Kau dan lain-lain lagi.
* Pemimpin yang mengamalkan nilai kesantunan secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah negara yang aman damai terutamanya bagi negara Malaysia kerana rakyat negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

Pendapat / Ulasan :
-Sebagai ahli politik, mereka haruslah mengamalkan sikap kesantunan dalam kehidupan seharian.
-Mereka sebagai ketua dan wakil rakyat, mereka seharusnya bersikap rendah diri dan mengamalkan nilai murni semasa pertuturan, percakapan dan perlakuan.
-Mereka seharusnya bersopan dari segi verbal mahupun non-verbal.
-Mereka juga mengamalkan kesopanan dari segi non-verbal  dengan bahasa badan dan air muka yang sopan.
-Contohnya, semasa mereka mengeluarkan janji untuk membuat sesuatu, mereka seharusnya menunaikan janji dengan tepat masa supaya mengamalkan nilai kesantunan.

-Selain itu, walaupun mereka telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi ahli politik, mereka seharusnya terus mengamalkan rendah diri dan terus berkhidmat untuk rakyat dengan dasar hati yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment

Printfriendly