1.0 Pengertian dan Konsep Budaya
· vBudaya
diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di
sesuatu kawasan.
· vBudaya
merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama penganutnya.
vPerkataan
budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa
pengertian :
i.Budhi
(Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal
ii.Kecergasan
akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada
permasalahan tersebut
iii.Daya
(Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
iv.Mengunakan
segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana
pemikiran mereka
· vKebudayaan
ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir.
· vKebudayaan
meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
v Dua
peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :
i.Membina
imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identity.
ii.Memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental.
v‘Culture’
dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang
dikerjakan sesuatu masyarakat.
vBudaya
juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh
diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.
v
Kamus
Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
fikiran), berkelakuan dan sebagainya.
v Budaya
juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
ü Dictionary
of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and
activity.
ØNik
Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
mengerakkan jiwa”.
oMohd
Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.
ØSelo
Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat penghasilan karya
seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.
vBudaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan
bermasyarakat kini.
vBudaya
merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang.
vBudaya
merupakan warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.
vBudaya
adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.
vBudaya
dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian
daripada budaya masyarakat.
vMurid
akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat.
vBudaya
dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
Disediakan oleh:
Ngien Yien Yong
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
No comments:
Post a Comment