copy protected

Friday, 30 August 2013

ISL (NOTA TAMBAHAN)

Isu-isu Kesantunan masyarakat Malaysia
Salah Laku Guru Wanita
Pengenalan
· Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia.
·    Pendidikan merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna .
·    Semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
·    Guru mesti mempunyai etika kerja.

Isu Etika Guru
·     Berdasarkan Berita Harian yang bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', kami telah menjumpai satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual.
·     Guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik.
·   Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit.
·   Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing ‘dicubit-cubit manja’ kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin.
·   Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
·      Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan.
·      Kesantunan merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat.
·  Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa.
·      Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.



Analisis Isu
Konsep Gangguan Seksual
·        Perbuatan yang dilakukan oleh penggangu dianggap lucah 
·        Mangsa berasa terganggu akibat daripada perbuatan lucah itu.
·   Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah Inggeris menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan itu tidak boleh disabitkan sebagai jenayah jika pelaku tiada niat melakukannya.
·      Namun gerak-geri pelaku tersebut boleh menunjukkan niatnya.
      
Bentuk-bentuk Gangguan Seksual
·  Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan non-verbal .
·    Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama
1.    gangguan secara lisan
2.    gangguan secara bukan lisan
3.    gangguan secara fizikal
4.    gangguan secara visual
5.    gangguan secara psikologi.

Gangguan secara lisan
· Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan.

Gangguan secara bukan lisan
·Sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.

Gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal
·Berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Gangguan secara visual
·Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada pengadu yang menyebabkan pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

Gangguan psikologi
·Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual

Hukuman kepada Pesalah
·Seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d).
·Seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

Kod Etika yang Berkaitan
· ÏGuru tidak harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai.
· ÏGuru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas.
·     ÏPrinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan.
 ÏAntara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. 
·     ÏSalah satu prinsip yang dinyatakan ialah prinsip kesetiaan iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan.
·    ÏGuru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya.
·       ÏGuru juga bertindak sebagai pengganti ibu bapa iaitu membentuk tingkah laku murid.
·  ÏSecara kesimpulannya, guru yang bertingkah laku negatif terhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan.


Faktor atau Punca Isu Tersebut Berlaku

 ØKeguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia.

 ØSalah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan kepada guru ialah faktor peribadi guru itu sendiri.

 ØSudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam kehidupan bermasyarakat.

 ØNamun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian menipis apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan.

 ØIni termasuklah guru yang selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi.

 ØMalah ada guru yang sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai.

 ØLebih malang lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya.

 ØSegala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap guru.

 ØFaktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media massa.

 ØMenurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa.

 ØHal ini demikian kerana pengaruh media elektroni boleh didapati tanpa sekatan.

 ØAntara faktor lain ialah guru tersebut menghadapi masalah keluarga.

 ØKerjaya guru cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka.

 ØDunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja.

 Ø Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad.

 ØSegala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru.

 ØLebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang.

 v  Faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan negatif ialah kurang memahami etika keguruan.

 vOleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.

vGuru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah.

 vOleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Implikasi Isu Keguruan Tersebut
·  ØGangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi ‘role model’.
·  ØAntara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya.
      ØMenurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual.
·   ØIni termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. 
    ØApabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.
   ØMurid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergau. 
 ØSelain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal.
   ØContohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur.
 ØKesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.

§   ÏGangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti dan ekonomi negara.
§   ÏHal ini juga merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak berhenti kerja.
§  ÏIni menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga tercalar jika peristiwa tersebut diketahui umum.
  
    Implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut.
     Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran.
    Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut.
    Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.
      
 vKesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka.
 vGuru tersebut juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut.
 vDi mata masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai.

 oKesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang rendah oleh masyarakat.
 oMasyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi.
 oTambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini.
 oPenyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

      
Cara Mengatasi Isu Keguruan yang Berlaku

vPendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan ke atas murid.
·  
 vKebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai ganggun seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik antara hubungan lelaki dan perempuan, penderaan,pencabulan, seksual dan sebagainya.

 vKerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini.

 vPendidikan seks bukan sahaja sesuai untuk murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri.

 vPendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang keslaahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid.

 vDi samping itu juga, pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

 vKursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat lagi bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam contohnya guru.

 vBagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik.

 vNilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru.

 vNilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan.

 vGuru perlu melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

 vKerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual.

 vSetiap sekolah perlu mewujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.

 vKhidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini.

 vMenurut Shertzer dan Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu. 

  vMenguatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif.

 vPenguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.

   vDengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.

Kesimpulan

·    vSecara keseluruhannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik  dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid.

·       vGuru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana mereka berada.

·        vOleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan.

·     vMengikut pengertian Kamus Dewan (2005) etika bermaksud satu sistem dasar akhlak,  adat atau tingkah laku atau kesusilaan.



Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong




No comments:

Post a Comment

Printfriendly