Isu Kesantunan
Pengenalan
· üKamus
Dewan Edisi 4,(2005) m/s1390, perkataan kesantunan membawa maksud perihal (
sifat dsd ) santun, kesopanan,kehalusan
( budi bahasa atau budi pekerti ).
· ü Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam
kalangan remaja sebenarnya mempunyai kaitan dengan nilai kesantunan dalam
kalangan masyarakat.
· üKekurangan
pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering melakukan
tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus dalam
gejala sosial seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalisme,
gengsterisme dan lari dari rumah.
· üHal
ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta
kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Remaja lari dari rumah
· üKamus
Dewan Edisi 4,(2005) m/s894, perkataan lari membawa maksud meninggalkan sesuatu
tempat, pekerjaan dan lain-lain tanpa kebenaran dan biasanya pergi ke mana-mana
supaya tidak dapat dikesan.
· üSecara
umumnya, kejadian lari dari rumah biasanya akan dilakukan oleh remaja di negara
Malaysia.
· üKejadian
remaja lari dari rumah telah mengakibatkan
ibu bapa remaja berasa amat bimbang kerana takut anak-anak akan lari
dari rumah.

Faktor Berlakunya Kes Remaja Lari dari
Rumah
ü
Kebanyakan
remaja telah mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melarikan diri dari
rumah setelah dihalau dari rumah atas perbuatan yang telah mereka lakukan.
ü Pengarah
Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Mohd Fadzil berkata berdasarkan kajian
Laporan Khas 2010, beliau telah mendapati bahawa sebanyak 37.2 peratus daripada
379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat
demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.
ü Sebenarnya
ibu bapa juga ada salahnya kerana telah mengeluarkan kata-kata yang kasar
seperti menghalau anak-anak keluar dari rumah setelah mereka membuat kesalahan
dan telah menyebabkan anak-anak membuat tafsiran serta mengambil keputusan yang
salah dengan melarikan diri dari rumah.
ü Perbuatan
ibu bapa tersebut sebenarnya tidak mengamalkan nilai kesantunan kerana telah
mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada anak-anak.
Statistik
ü Polis
Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik pada tahun 2010 yang
menunjukkan bahawa kes remaja yang lari dari rumah telah meningkat dengan angka
mencatatkan sebanyak 4097 remaja yang terlibat seawal usia 13 hingga 17 tahun.
ü Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM telah menunjukkan peningkatan dalam kes remaja lari dari rumah. Perbezaan peratusan kes lari dari rumah antara remaja bandar dengan remaja luar bandar juga dapat dibuktikan melalui kajian Prof. Mohd Fadzil.
ü Beliau menyatakan bahawa sebanyak 61.5 peratus remaja dari bandar dan 38.5 peratus remaja dari luar bandar telah lari dari rumah.
ü Kejadian ini telah menimbulkan pelbagai konflik serta rasa bimbang dalam kalangan masyarakat yang akhirnya akan mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia.
ü Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM telah menunjukkan peningkatan dalam kes remaja lari dari rumah. Perbezaan peratusan kes lari dari rumah antara remaja bandar dengan remaja luar bandar juga dapat dibuktikan melalui kajian Prof. Mohd Fadzil.
ü Beliau menyatakan bahawa sebanyak 61.5 peratus remaja dari bandar dan 38.5 peratus remaja dari luar bandar telah lari dari rumah.
ü Kejadian ini telah menimbulkan pelbagai konflik serta rasa bimbang dalam kalangan masyarakat yang akhirnya akan mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia.
Kesan Remaja Lari dari Rumah
Ø
Remaja
lari dari rumah akan menyebabkan kes jenayah dalam kalangan masyarakat
meningkat.
Ø
Hal
ini demikian kerana apabila remaja lari dari rumah, remaja akan mengalami
masalah kewangan.
Ø
Kejadian
ini telah mendorong remaja untuk melakukan perbuatan yang tidak mempunyai nilai
kesantunan seperti melakukan pelbagai kes jenayah.
Ø Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan
Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) Jeevan S.
Ramamurthy percaya bahawa remaja yang lari dari rumah akan mendorong mereka
terlibat dalam kes jenayah.
Ø
Hal
ini akan menyebabkan masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan.
Ø
Negara
akan kehilangan tunggak negara kerana remaja yang lari dari rumah ini merupakan
generasi baru yang akan membangunkan negara kelak.
Ø
Secara tidak langsung nilai kesantunan dalam
kalangan masyarakat Malaysia juga akan semakin terhakis dan akhirnya akan
mempengaruhi perkembangan serta pembangunan negara Malaysia.
Langkah Mengatasi Masalah Remaja Lari
dari Rumah
ü
Ibu
bapa seharusnya memberikan didikan agama kepada remaja sejak kecil lagi bagai
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
ü Remaja
yang mempunyai didikan agama yang mencukupi mampu menguruskan tekanan
masing-masing dengan baik tanpa membawa sebarang padah kepada mereka pada masa
hadapan.
ü
Remaja
yang mempunyai didikan agama sejak kecil akan lebih berfikiran matang serta
positif dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu
perbuatan yang negatif serta tidak mempunyai nilai kesantunan yang akhirnya
akan memusnahkan masa depan diri sendiri.
ü
Remaja
yang mempunyai didikan agama yang tinggi akan lebih memahami konsep nilai
kesantunan dan secara tidak langsung remaja tersebut akan mengamalkan nilai
kesantunan dalam kehidupan seharian.
ü Oleh
itu, didikan agama amat penting bagi remaja dalam pengamalan nilai kesantunan
serta sebagai strategi pencegahan gejala sosial berlaku dalam kalangan remaja.
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja
· üKamus
Dewan Edisi 4,(2005) m/s 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu
mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.
· üManakala,
perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Maksud
‘pembuangan bayi’ adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil
yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.
·
Kejadian
pembuangan bayi ini tidak mengira status ataupun kekayaan seseorang terutamanya
bagi kalangan remaja.
· üPerbuatan
pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini amat kejam dan perbuatan ini tidak
santun bagi setiap lapisan masyarakat kerana bayi merupakan anugerah Tuhan.
Faktor Berlakunya Pembuangan Bayi
o
Pembuangan
bayi dalam kalangan remaja berlaku kerana remaja kurang mendapat didikan agama
sejak kecil lagi.
o
Remaja tidak tahu apa yang halal ataupun haram
dalam agama masing-masing.
o
Contohnya,
agama Islam menyatakan pembuangan bayi merupakan dosa yang besar.
o
Remaja
yang kurang didikan agama tidak akan tahu pembuangan bayi merupakan dosa yang
besar serta perbuatan tersebut tidak santun dalam pandangan masyarakat.
o
Remaja
yang kurang beriman ini sukar untuk mengawal hawa nafsu dan akan melakukan
perbuatan yang tidak santun seperti berzina dan akhirnya akan membawa kepada
kejadian pembuangan bayi.
o
Menurut
Imadu al-Din Muhammad bin al-Husain dalam bukunya, Kehidupan Hati untuk Sampai
kepada Tuhan yang Dikasihi (2005), hawa nafsu sentiasa mencari “kelazatan” dengan tidak berfikir panjang
tentang akibatnya.
o
Orang
yang berakal (beriman) akan berfikir terlebih dahulu baik-buruk sesuatu
perbuatan dan menolak daripada dikongkong oleh hawa nafsu.
Statistik Pembuangan Bayi
ü Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing.
ü Statistik
ini telah menunjukkan bahawa kejadian pembuangan bayi ini semakin berleluasa
dari semasa ke semasa dalam kalangan remaja tanpa mengira tempatnya serta
status keluarga masing-masing.
ü Fenomena
ini telah mengakibatkan kebimbangan berlaku dalam kalangan masyarakat di negara
Malaysia.
ü Hal
ini telah jelas terbukti bahawa pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan
remaja semakin berkurangan.
Kesan Berlakunya Pembuangan Bayi
Ø
Masyarakat
akan digelar sebagai masyarakat tidak bertamadun sekiranya pembuangan bayi
dalam kalangan remaja semakin berleluasa kerana masyarakat akan dianggap tidak
mengamalkan nilai kemanusiaan serta nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.
Ø Masyarakat
tetap akan dipandang hina oleh orang ramai walaupun hanya terdapat segelintir
remaja yang melakukan perbuatan pembuangan bayi kerana pak kata perpatah “kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Ø
Imej
negara juga akan terjejas kerana pembangunan sesebuah negara biasanya
bergantung kepada akhlak remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa
depan.
ØSecara
tidak langsung pembangunan serta perkembangan negara Malaysia tidak dapat
dijalankan dengan lancar serta tidak mampu untuk merealisasikan Wawasaan 2020
akibat gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa
ini.
ØHal
ini dapat dibuktikan bahawa betapa pentingnya pengamalan nilai kesantunan dalam
kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara.
Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan
Bayi
v
Masyarakat
telah memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk membendung
gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.
v
Hal
ini demikian kerana masyarakat merupakan insan yang paling dekat dengan remaja
selain daripada ibu bapa mereka.
v
Masyarakat
boleh berganding bahu untuk menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan remaja
bagi mengelakkan gejala pembuangan bayi terus berleluasa.
v
Masyarakat
seharusnya sentiasa memerhatikan tingkah laku remaja untuk mengelakkan remaja
daripada melakukan perbuatan pembuangan bayi.
v
Masyarakat
juga seharusnya menerapkan nilai kesantunan pada diri sendiri supaya dapat
menjadi modal insan serta dapat mengajar remaja tentang nilai kesantunan ini.
v
Biasanya,
perkembangan sesebuah masyarakat akan dipengaruhi oleh pengamalan nilai
kesantunan dalam kalangan masyarakat.
Gengsterisme dalam kalangan remaja
ü
Kamus
Dewan Edisi 4,(2005) m/s458, maksud perkataan gengster ialah merupakan ahli
atau anggota kumpulan jenayah atau samseng.
ü
Gengsterisme
pula didefiniskan sebagai kegiatan gengster.
ü Secara umumnya, gejala gengsterisme
merupakan satu gejala negatif yang akan membahayakan nyawa seseorang dan
dianggap sebagai perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan.
Faktor berlakunya Gensterisme dalam
Kalangan Remaja
ü Kekurangan
kasih sayang ibu bapa telah mengakibatkan remaja terlibat dalam gejala
gengsterisme.
ü Ibu
bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja sejak
kecil lagi.
ü Tindakan
ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak merupakan sesuatu
perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan.
ü Segala
tindakan ibu bapa terhadap anak-anaknya sudah pastilah akan mempengaruhi
perkembangan remaja terhadap penerapan nilai kesantunan dalam kehidupan
seharian.
ü Ibu
bapa seharusnya mengetahui bahawa anak merupakan harta bagi setiap keluarga
yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap keluarga.
ü Oleh
itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja
sejak kecil lagi.
Statistik
Ø Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (MCPF) telah mendapati pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah
semakin serius dari semasa ke semasa.
Ø
Sebanyak
1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam
bulan pertama tahun 2003.
Ø
Manakala
statistik kes rogol yang telah membabitkan pelajar di Kedah sepanjang tahun
2008 berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan daripada
keseluruhan 309 kes.
Ø
Hal
ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sebenarnya kadar jenayah dalam
kalangan remaja di peringkat sekolah berada dalam tahap yang kritikal.
Ø Statistik ini jelas tebukti bahawa gejala
gengsterisme dalam kalangan remaja akan mengakibatkan pelbagai kes jenayah
berlaku.
Kesan
Berlakunya Gengsterisme dalam Kalangan Remaja
o Kewujudan
budaya takut akan berlaku dalam kalangan masyarakat akibat gejala gengsterisme
dalam kalangan remaja.
o
Masyarakat akan takut untuk keluar kerana akan
diragut ataupun dirompak oleh ahli gengster tersebut serta nyawa masyarakat
akan terancam.
o
Imej negara Malaysia juga akan terjejas
berpunca daripada gejala gengsterisme dalam kalangan remaja.
o
Secara
tidak langsung ekonomi negara juga akan terjejas kerana pelancong asing takut
untuk melancong di negara kita.
o
Tanpa
ekonomi yang kukuh, bagaimana negara Malaysia hendak maju dan mencapai Wawasan
2020?
Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme
dalam Kalangan Remaja
§ üIbu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah serta
nilai kesantunan remaja sejak kecil lagi bagi membendung gejala gengsterisme
dalam kalangan remaja dengan memberikan ajaran agama kerana “mencegah lebih
baik daripada mengubatinya”.
§ üRemaja
yang mempunyai pegangan agama yang teguh tidak akan mudah termakan pujukan
kawan lain untuk terlibat dalam gejala gengsterisme kerana mereka tahu
perbuatan tersebut tidak santun serta akan memusnahkan masa depan mereka.
§ üRemaja
yang berfikiran matang serta positif secara tidak langsung akan membawa
kemakmuran kepada negara Malaysia dan negara Malaysia dapat mencapai Wawasan
2020 nanti.
§ üRemaja
yang mempunyai didikan agama yang tinggi secara tidak langsung juga akan
mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Ponteng sekolah
ü Kamus
Dewan Edisi 4, (2005), m/s 1225, perkataan ponteng didefinisikan sebagai lari
daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.
ü Ponteng
sekolah merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri
ke semua ataupun sesetengah kelas.
ü Ponteng
sekolah merupakan satu gejala sosial yang lebih tertumpu kepada pelajar sekolah
terutamanya bagi pelajar sekolah menengah.
ü Fenomena
ponteng sekolah ini telah berlaku di seluruh negeri di negara Malaysia dari
semasa ke semasa.
ü Menurut
Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai
ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah.
Faktor Berlakunya Gejala Ponteng dalam
Kalangan Remaja
ü Kajian
Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.
ü Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti
stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif
menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).
ü Hal
ini jelas terbuktilah bahawa persekitaran dalam sekolah akan mempengaruhi kadar
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah.
ü Mengikut
Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang
tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang
baik di kalangan pelajar.
ü Oleh
itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan suasana yang kondusif kepada pelajar
sekolah dalam usaha membendung gejala ponteng sekolah terus berleluasa dalam
kalangan pelajar sekolah.
Statistik
Ø
Sepanjang
tahun 2002 sehingga 2004 didapati sebanyak 5,807 pelajar telah diperiksa dalam
operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan polis di seluruh Negara
Malaysia.
Ø
Sebanyak
4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan telah
terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan.
Ø
Sebanyak
299 Ops Sayang dilancarkan di Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah
(80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah (22), Perlis (7), dan
masing-masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang.
Ø
Statistik
ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi muda yang bersopan
santun serta mampu mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.
Kesan Berlakunya Gejala Ponteng
Sekolah dalam Kalangan Remaja
ü Masyarakat
akan digelar sebagai masyarakat yang berilmu rendah serta akan dipandang
rendah.
ü Hal
ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng sekolah akan menghadapi masalah
dalam pelajaran yang akan menjejaskan tahap pencapaian mereka di sekolah semasa
peperiksaan.
ü Secara
tidak langsung kadar pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja akan
semakin berkurangan kerana remaja yang berilmu cetek akan mengalami kesukaran
untuk memahami konsep nilai kesantunan.
ü Imej
negara Malaysia juga akan terjejas serta negara tidak dapat dibangunkan dengan
pesat.
ü Sekiranya
remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan berilmu cetek seperti
“katak di bawah tempurung”, bagaimana negara Malaysia dapat dimajukan serta
dibangunkan dengan pesat dan mencapai Wawasan 2020?
Langkah untuk Mengatasi Gejala Ponteng
Sekolah dalam Kalangan Remaja
ü Sekolah
seharusnya menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta kemudahan yang
pelbagai di sekolah supaya remaja tidak akan berasa bosan ketika belajar di
dalam kelas.
ü Suasana
yang kondusif dapat memupuk minat seseorang untuk belajar dan secara tidak
langsung gejala remaja ponteng sekolah dapat dikurangkan secara beransur-ansur.
ü Remaja
telah menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari dan sebab itulah sekolah
telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membentung gejala
ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang akhirnya akan membawa pelbagai
gejala negatif kepada remaja tersebut.
ü Nilai
kesantunan juga dapat diterapkan oleh pengajaran guru di dalam kelas melalui
penyediaan kelas yang kondusif oleh pihak sekolah.
Vandalisme dalam Kalangan Remaja
Ø
Perkataan
vandalisme berasal daripada nama sebuah
puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal.
Ø
Kamus
Dewan Edisi 4, (2005), m/s1787, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan
membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.
Ø
Vandalisme
biasanya merujuk kepada sesuatu perbuatan untuk merosakkan harta benda awam
seperti tandas awam, papan tanda dan telefon awam.
Ø Vandalisme telah dianggap sebagai satu
cara bagi remaja untuk melepaskan geram dan menghilangkan tekanan ataupun
bosan.
Punca Berlakunya Vandalisme dalam
Kalangan Remaja
v
Punca
berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi
perhatian kepada remaja.
v
Ibu
bapa zaman sekarang terlalu mementingkan nilai kebendaan sehingga mengabaikan
anak-anak.
v
Ibu bapa yang biasanya berminat kepada nilai
kebendaan tidak akan mementingkan nilai kesantunan dalam kehidupan kerana ibu
bapa lebih suka harta benda berbanding dengan nilai kesantunan.
v
Ibu
bapa akan bekerja dari awal pagi hingga ke larut malam untuk mendapatkan wang
yang lebih.
v
Tugas
untuk mengasuh anak-anak telah terjatuh di tangan pengasuh ataupun pembantu
rumah.
v
Oleh
itu, remaja tidak berpeluang untuk mengenali serta mengharyati nilai kesantunan
dalam kehidupan.
v
Oleh
sebab remaja tidak mendapat perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa
mereka akan melakukan vandalisme untuk meluahkan perasaan mereka dan perbuatan
ini menunjukkan remaja tidak berfikiran matang serta tidak mempunyai nilai
kesantunan.
Statistik
o
Laporan
satistik telah mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah bagi
pertengahan 2000 ialah RM40446.00 yang membabitkan perbuatan merosakkan
peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas.
o
Kerugian
yang telah dicatatkan ialah RM31384.00
bagi tempoh Januari-Julai 2000.
o
Statistik
ini telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk
memperbaiki kerosakkan bagi memastikan pelajar dapat belajar di suasana sekolah
yang kondusif.
o
Statistik
ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kes vandalisme di negara Malaysia
terutamanya bagi golongan remaja.
Kesan Vandalisme dalam Kalangan Remaja
§ üMasyarakat
tidak dapat menggunakan kemudahan awam seperti telefon awam apabila berada
dalam kesusahan.
§ üHal
ini kerana kemudahan awam ini telah dirosakkan oleh remaja akibat gejala
vandalisme.
§ üKejadian
tersebut akan membahayakan nyawa orang lain terutamanya individu yang mengalami
kecederaan semasa kemalangan.
§ üBagaimana
masyarakat hendak menyelamatkan orang yang cedera sedangkan telefon awam telah
rosak ?
§ üNegara
juga akan mengalami kerugian yang banyak akibat gejala vandalisme ini.
§ üHal ini demikian kerana negara perlu
mengeluarkan jutaan ringgit setiap tahun untuk memperbaiki kerosakkan kemudahan
awam bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.
§ üSecara
tidak langsung ekonomi negara akan terjejas kerana kerajaan telah menggunakan
wang yang banyak untuk memperbaiki kerosakan kemudahan awam.
Langkah Mengatasi Vandalisme dalam
Kalangan Remaja
ü
Kerajaan
seharusnya mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen anti-vandalisme
dengan slogan Hak Awam Hak Bersama kepada semua lapisan masyarakat di negara
Malaysia supaya masyarakat akan mendapat ilham serta kesedaran tentang betapa
pentingnya kegunaan kemudahan awam dalam kehidupan seharian mereka.
ü
Kempen-kempen
sebegini juga boleh membantu masyarakat untuk mengetahui serta memahami tentang
keburukan pengamalan gejala vandalisme dalam kalangan remaja di masyarakat yang
majmuk ini.
ü
Masyarakat sudah pastilah akan membantu
kerajaan untuk membanteras gejala vandalisme ini sekiranya masyarakat
mengetahui keburukannya.
ü Secara tidak langsung kempen-kempen
kesedaran ini juga mampu menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat
Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja menjelang
tahun 2020 nanti.
ü Oleh itu, sebagai warga Malaysia, kita seharusnya memikirkan
satu jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu semasa yang berlaku dalam
kalangan remaja agar negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju dan
saintifik di peringkat antarabangsa
dengan mengamalkan nilai kesantunan mulai hari ini. Sebagai kesimpulannya,
nilai kesantunan adalah amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya dalam pembangunan negara Malaysia.
Disediakan oleh:
Ngien Yien Yong
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Disediakan oleh:
Ngien Yien Yong
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
No comments:
Post a Comment