Konsep Budaya
v Definisi:
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
v Budaya
boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya
kebendaan
• Budaya
bukan kebendaan
Ø
Budaya
kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya.
Ø
Contohnya,
orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang
Eskimo.
v Budaya
bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
v Contohnya,
setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani
kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
o
Dalam
budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
o Bahasa
juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai
petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan
berbudaya.
Dua Peranan Utama bagi Pembentukan
Sesuatu Budaya
§
Pertama,
membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
§ Kedua ialah pemupukan kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
ü
Kalau
sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’
dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya.
ü Budaya
turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.
üDari
itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
v Kebudayaan
mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada
tingkahlaku dan akal manusia :
ü
Dipelajari
v
Dalam
proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi.
v
Budaya
tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar
untuk menguasai ilmu.
v
Untuk
mencipta sesuatu, manusia perlu belajar.
v Sebagai contoh menunjukkan budaya itu
dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan
berhubung.
Ø
Apakah
bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
i. Apakah
agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
ii.
Apakah
nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
iii.
Umur
seseorang.
iv.
Tahap
pendidikan
v.
Situasi
sesuatu peristiwa itu berlaku.
Dikongsi
v Budaya
itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.
v Perkongsian
ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia.
v Nasi
lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian.
v Perlakuan
yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti
perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat.
v Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
Sejagat
o
Budaya
itu bersifat sejagat.
o Kesejagatan
budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada
masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
o Walau
bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
v Clyde
Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan
dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata
pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem
sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem
pengetahuan.
vii. agama dan
kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama
dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
Diwarisi
ü
Budaya
itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
ü
Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan
India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.
ü
Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini.
ü
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud
bersambung.
ü
Teknologi
yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
Berubah
v
Budaya
sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan.
v Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia.
v
Dalam
sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan
jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis.
v
Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Ø
Perubahan
ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. Pertambahan
bilangan anggota masyarakat.
ii. Pertambahan
keperluan dan keinginan manusia.
iii. Penemuan dan
penciptaan teknologi baru.
iv. Pertembungan
budaya.
v. Konflik yang berlaku.
vi. Perubahan alam
sekitar.
Perlambanggan
v Perlambangan
ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu
kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya.
v Perlambangan
yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka
seperti isyarat memanggil.
Pandangan Semesta
o
Pandangan
semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
o
Pandangan
semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
o
Pertalian
yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan
bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa
(setanak nasi) dan sebagainya.
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
v Budaya
dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang
sangat luas.
v Dengan
prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan
dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
v Semua
manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan
rumah dan sebagainya.
v Keutamaan
pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh
masyarakat.
v Sebagai
contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai Panduan kepada Anggota
Masyarakat dalam Bertingkah laku
v
Kepercayaan
adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
v
Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama.
v
Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah
laku dalam memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang
diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang
patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang
digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
· v Dalam
masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat.
· v Dalam
masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam.
· v Ini
bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.
4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia
Untuk Mencipta
§
Alam
fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza.
§
Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai
pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan
segala urusan.
5. Sebagai Alat Penyatuan dan
Pengenalan Identiti
v Budaya
berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa
dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya.
v Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.
v Manusia
juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan
saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.
Disediakan oleh:
Ngien Yien Yong
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Blackjack in Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, reviews and information for Blackjack in Las Vegas, NV. 고양 출장샵 Where 구리 출장안마 can 포천 출장샵 I find the closest casino to 문경 출장안마 Las Vegas? · 광명 출장마사지 1. Borgata Hotel Casino & Spa · 2. The