copy protected

Thursday, 29 August 2013

ISL (NOTA TAMBAHAN)

Kesantunan Guru
·  Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
·   Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
·   Kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
·   Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
                                 -Kesantunan berpakaian
                                 -Kesantunan tingkah laku
                                 - Kesantunan berbahasa

Kesantuan berpakaian
·     ØKesantunan berpakaian merujuk kepada  jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan.
·     ØGuru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.
·     ØGuru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina ØContohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

Kesantunan Tingkah Laku
·     ØKesantunan tingkah laku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.
·    ØContohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai  dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
·     ØSemua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza.
  ØSebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan  cara memakai tusuk gigi .


Kesantunan Berbahasa
·     vKesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi  sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa.
·     vKetika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.
·  vCara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat.
·  vPerkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
·     vGuru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
     vCara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi.
   vDengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.
   vKesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:-
                            - Apa yang  sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.
                            -Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.
                            - Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
                            -Bagaimana mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
                            -Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi.
                            -Bila  seharusnya diam dan menamatkan perbualan.

 vCara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu.
 vContohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu.
 vHal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berpengaruh pada pola bahasanya.
 vOleh itu seorang guru seharusnya mengetahui  dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid.
 vPerkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.

 ØSenyuman manis dan tulus  serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya.
 ØGuru menjadi sebahagian orang yang dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
 ØGuru juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

    ØKesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid.
 ØCiri-ciri kesantunan termasuklah
                         -Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.
                        - Bersyukur dan berterima kasih.
                         -Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
                        - Menghargai dan menghormati pihak lain.
                         -Menggunakan kata-kata yang baik.
                        - Peramah, pemurah dan bersedia membaiki   kelemahan diri .

Kesimpulan
 oKesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid.
 oBagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)


Disediakan Oleh:
Ivy lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong

No comments:

Post a Comment

Printfriendly