Perkahwinan masyarakat melayu.2pptx from Fiona Yong
ISL(NOTA TAMBAHAN)
Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong
ISL(NOTA TAMBAHAN)
Kesantunan Berbahasa
Konsep
· →Kesantunan
(politeness), kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adat, atau
kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
· →Kesantunan
merupakan aturan perilaku yang diterapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu hingga kesantunan itu menjadi prasyarat yang disepakati
oleh perilaku sosial.
Kesantunan berbahasa dalam aspek
kehidupan seharian
· →Kesantunan
memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etika dalam
pergaulan seharian.
· →Ketika
orang dikatakan santun, maka dalam diri seseorang itu terpapar nilai sopan
santun yang berlaku secara baik dalam masyarakat tempat seseorang itu mengambil
bahagian sebagai anggotanya.
· →Apabila seseorang itu melakukan perkara yang
sopan, masyarakat memberikan nilai kepadanya, sama ada secara seketika
(mendadak) atau secara konvesional (panjang,memakan waktu lama).
· →Ayat
pujian yang dikeluarkan dengan penuh kesantunan misalnya :
i) Terima kasih kerana menolong mak cik
mengangkat barang.
ii)
Bagus budak ni, bercakap dengan sopan dengan ibu bapa, rakan-rakan, dan orang kampung.
→Kedua-dua
dialog di atas menunjukkan bagaimana masyarakat memberi nilai kepada seseorang
di dalam komuniti mereka.
→Nilai
yang diberikan oleh masyarakat tersebut berbentuk positif dan penuh beretika,
seperti penggunaan perkataan terima kasih, bagus, dan bercakap sopan.
→Kesantunan
sangat kontekstual, iaitu berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi
tertentu, tetapi belum tentu berlaku bahagian masyarakat, tempat, atau situasi
lain.
→Ketika
seseorang berjumpa dengan dengan rakan karib, boleh sahaja dia menggunakan kata
yang kasar dengan suara keras, tetapi hal itu tidak sopan apabila digunakan
kepada kawan yang baru dikenali.
→Antara perkataan kasar yang sering digunakan
ialah bodoh, bengong, benak, bahalol, tolol, bangang, dan sebagainya. Contoh
ayat :
i)
Bengong sungguh mung ni.
ii)
Tu la makan banyak kepala ikan, sebab tu la benak.
ii)
Mung ni dah la bodoh, tolol, bengong, bahlol, bangang. Buat pa pon semua tak
jadi.
ØKesantunan
selalu bipolar, iaitu memiliki hubungan dua kutub, seperti antara anak dengan
ibu bapa, antara orang muda dengan orang lebih tua, antara lelaki dengan
wanita, dan murid dengan guru.
ØDalam
konteks kesantunan bipolar, situasi yang saya banyak alami ialah hubungan anak
dengan ibu bapa, orang muda dengan orang tua, dan hubungan lelaki dengan
wanita.
ØContoh ayat :
i) Mak, tolong ambik baju aku sat.
ii) Orang tak makan lagi mak.
iii) Mak, angah demam hari ni.
iv) Mak, Lan dah nak keluar ni.
Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat
Melayu
vNilai
merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang
memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia
dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961).
vNilai
menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu
perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan
Abdul Kadir, 2000).
vMisalnya,
kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan
“aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.
vPerlakuan
yang demikian dianggap tidak santun.
→Jadi,
nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat.
→Seseorang
itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu
majlis.
→Ketidaksopanan
dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut:
Ketika orang
diam
Aku bersorak
Ketika orang
duduk aku berdiri
Ketika orang
memberi
Aku meminta
Ketika orang
bekerja
Aku terlena
Ketika orang
dipuncak
Aku masih
merangkak.
· →Nilai
berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu.
· →Maka
wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat,
bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya.
· →Oleh
itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata,
dan dalam situasi apa dia berkata.
· →Sesunguhnya,
orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan
tertentu.
· →Semakin
banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah
tingkat kesantunan si penutur (Asmah Hj Omar, 2002).
→Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang
dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh
keprihatinan terhadap orang lain.
Contoh Kekurangan Kesantunan
→Masalah
kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yang
berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (customer service).
→Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu
atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada pekerja
yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan, dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab
dalam penguatkuasaan, seperti polis dan imigresen.
→Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau
sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka.
Faktor-faktor
→Gangguan
emosi
→Kurangnya
ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu
→Kebudayaan
masyarakat Melayu tika kata-kata yang diujarkan atau dituturkan secara
disengajakan atau sekadar bergurau senda.
→Kurangnya
aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh
gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si
penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar
nadanya.
→Hal
ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk
melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga
tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut
(Abdull Sukor Shaari et-al, 2003).
→Selain
itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatasusila bahasa Melayu dan kurang
pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi
faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa (Asmah Hj. Omar, 2002).
→Perkara
ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka
tidak dididik dalam masyarakat Melayu.
→Tetapi
terdapat juga penutur berbangsa Melayu yang tetap kurang fasih mengenai
tatabahasa bahasa Melayu atas alasan mereka tidak bersekolah.
ØWalau
bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan
secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap.
ØDi mana sering kali terjadi apabila pihak yang
mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu
berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan
sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah
berniat untuk berbuat demikian.
üTerdapat
beberapa cara untuk menampilkan kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara
sapaan lisan atau bertulis menggunakan bahasa Melayu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
üTerdapat
juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa
untuk menggunakan bahasa yang menepati situasi dan kehendak sosial.
üMaka
kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat
serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling (George Yule,
1985).
Masyarakat Melayu Tradisional
oMasyarakat
Melayu Tradisional suatu ketika dahulu amat mementingkan penggunaan peribahasa
dalam percakapan seharian.
oHal
ini demikian kerana pada mereka peribahasa merupakan bahasa yang halus serta
indah digunakan.
oSelain itu, peribahasa juga
melambangkan yang bahasa Melayu adalah bahasa yang sarat dengan kata kiasan
tetapi pada masa yang sama peribahasa turut menitikberatkan kesantunannya
ketika dituturkan.
vSalah satu fungsi penggunaan
peribahasa adalah menyindir atau menegur tingkahlaku seseorang tanpa
menyinggung perasaan orang yang ditegur itu.
vBahasa indah yang digunakan dalam
peribahasa tersebut boleh mendamaikan perasaan seseorang itu dan menerima teguran
dengan hati yang lapang tanpa ada perasaan marah.
vInilah kesopanan masyarakat Melayu
tradisional dalam berbahasa.
vAntara
peribahasa yang digunakan untuk menyindir atau menegur seseorang dengan cara
yang halus:
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
|
Kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
|
Secara
tersiratnya, peribahasa ini mengandungi kata-kata sindiran yang membawa
maksud member perangsang kepada orang yang lemah untuk melakukan sesuatu yang
tidak biasa dilakukanya.
|
|
Sebab pulut
santan binasa, sebab mulut badan binasa
|
Mempunyai
kata sindiran yang bertujuan untuk member peringatan kepada seseorang agar
berhati-hati semasa bercakap agar tidak mengundang padah.
|
Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong
No comments:
Post a Comment