copy protected

Friday, 20 September 2013

Kuliah 3

Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti,  beradab  atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus
ii. nilai rasa yang baik
iii.penuh kesopanan
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi

Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:

i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya


ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu


iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya ketika  komunikasi dalam bentuk bahasa kasar


iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana)
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dll

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan      kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain
- Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
 -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
 -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hambahamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.

b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat 






ISL(NOTA TAMBAHAN)

Apakah erti kesantunan?
·  Tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa.
·  Merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

Lakoff (1975)
vKesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Fraser dan Nolan (1981)
vKesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Brown dan Levinson (1987)
vKesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.

Kamus Dewan (1984), hal. 1115
vSantun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.

Awang Sariyan(2007)
vKesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Asmah Haji Omar (2000)
vKesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

Masyarakat MelayuvKesantunan merujuk kepada latar sosiobudaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resamv Kesantunan dapat diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. vSebagai contoh: “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.


Leech (1983)
v Kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Fishman J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
vKesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.Grice 
vKesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan.


 Membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:

i. maksim kuantiti

ii. maksim kualiti

iii. maksim pertalian (hubungan)

iv. maksim cara


Asmah Hj. Omar (2000)
vKesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.vStrategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.vStrategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang meliputi maruah dan martabat.vMembahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu

i. kesantunan asas.

ii. kesantunan berkala.


Kesantunan Asas
vKesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.vMenunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.vMasyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.



Kesantunan Berkendala
vKesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.vSebagai contoh: Taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.

Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong









No comments:

Post a Comment

Printfriendly