ISL (Nota Tambahan)
Model Kesantunan Lakoff (1978)
· Ømenyarankan
tiga peraturan sekiranya sesuatu perbualan mengekalkan keharmonian iaitu:
a) Jangan memaksa
b) Berikan pilihan
c) Jadikan pendengar selesa
üJangan Memaksa
·
Mengekalkan
kesantunan formal untuk mengekalkan jarak pendengar dengan penutur.
üBerikan pilihan
· →Peraturan
berikan pilihan pula adalah peraturan dalam situasi tidak formal.
· →Memberi
peluang pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan,
berfikir, membina ujaran dengan ayat tanya.
üJadikan Pendengar Selesa
· →Bertujuan
merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar.
· →Menonjolkan
sifat positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan yang menjalin
hubungan rapat.
ØModel
ini tertumpu pada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik.
ØPenutur lakukan apa sahaja demi kepuasan
pendengar.
üModel Kesantunan Brown dan Levinson (1978 & 1987)
· →“Konsep
menyelamatkan air muka yang dicetuskan daripada konsep air muka Goffman pada
1967.
· →Menafsirkan tingkah laku yang santun sebagai
asas dalam mengekalkan kehendak air muka. “air muka” dikaitkan dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu
dicari, dan boleh hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan atau ditingkatkan
apabila berinteraksi dengan orang lain.
· →“Air muka” positif merupakan keinginan
individu untuk disukai, dihargai, dipersutujui, dihormati, orang lain.
· →Air
muka negatif merupakan keinginan untuk mempertahankan hak dan dan kebebasan
melakukan sesuatu tidak dihalang.
· →B&L telah mengemukakan beberapa strategi
untuk mengurangkan ancaman air muka iaitu Lakuan Mengancam Air Muka dan tidak
melakukan Lakuan Mengancam Air Muka.
Namun begitu, Teori B&L ada kelemahannya.
→Menurut
Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat dan tidak sesuai dengan tradisi Timor
yang mengutamakan nilai sosial dan budaya yang meletakkan diri sendiri dalam
perkara kedua.
üPrinsip Kesantunan Leech
· →Geoffrey
Leech dalam bukunya yang bertajuk “Prinsip Pragmatik” (1993) telah
mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata.
· →Sesuatu
keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada beberapa faktor relatif kekal
seperti umur, jantina, status, darjah keintiman dan peranan.
· →Maksim
kesopanan ini dapat menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia.
· →Maksim
kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan hanya
versi positif sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja
digunakan.
· →Leech
telah mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang dapat
menjelaskan perkaitan antara “kesopanan” dengan tingkah laku manusia.
·
Kesopanan
terdiri daripada dua iaitu kesopanan mutlak dan kesopanan relatif.
· →Maksim
kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting dengan
ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama Grice dan
lakuan bahasa.
· →Pendekatan
prinsip kesopanan dapat dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu
meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan
serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu lain.
· →Dengan
itu, Leech mengutarakan enam maksim.
· →Maksim
tersebut ialah maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan,
maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim sokongan.
· →Setiap
maksim akan diterangkan dalam subtopik 3.
üMaksim-maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech
· →Bahagian
ini akan menghuraikan enam maksim yang diutarakan oleh Leech dalam Prinsip
Kesopanan Leech.
· →Maksim
yang akan diterangkan adalah maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim
persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim sokongan.
· →Setiap
maksim diberikan contoh yang sesuai dengan perlakuan seharian dalam masyarakat
Melayu.
üMaksim Santun
· →Maksim
santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri sendiri dan
cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain.
· →Melalui
maksim santun, penutur akan cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain dengan
cara memaksimumkan manfaat kepada orang lain.
· →Selain
itu, maksim santun ini digunakan sebagai salah satu alat untuk mengungkapkan
pujian kepada seseorang. Contohnya:
Contoh 1:
· Pekerja
: Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu, Datuk. Encik Salleh lebih layak.
· Majikan
: Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?
· Pekerja:
Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada sya. Lagipun, dia lebih lama bekerja di sini
berbanding saya yang baru bekerja dengan Datuk tiga bulan.
Contoh 2:
· A:
Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang kau tu,
belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga yang
dia nak.
· B:
Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga
bersusah payah sara keluarga kita selama ni.
üMaksim Kerendahan Hati
· →Maksim
kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian terhadap diri sendiri
dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri.
· →Melalui
maksim ini, penutur akan merendahkan diri sehingga kadang kala menyebabkan
pendengar merasakan penutur mencaci dirinya dan merupakan lakuan larangan
sosial iaitu bercakap besar.
· →Maksim ini dapat dilihat melalui tutur kata
yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri.
· →Hal
ini kerana untuk mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai
salah satu penghargaan yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.
· →Maksim
ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila pujian diterima
daripada seseorang yang lain.
· →Adalah
menjadi kebiasaan apabila dipuji seseorang itu akan menggunakan maksim ini
untuk mengelakkan dari lupa diri akibat pujian tersebut.
· →Dalam
masyarakat melayu umpamanya, maksim ini digunakan untuk menimbulkan perbualan
yang harmonis dengan masing-masing tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing
dan sebaliknya akan menyatakan kekurangan diri sendiri.
· →Contohya,
dari segi pencapaian anak-anak, pembelian sesuatu dan sebagainya. Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan
timbulnya tanggapan negatif kepada penutur seperti sombong, berlagak dan
megah.
·
Contohnya:
Contohnya:
I.
“Macam
awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam saya ni baca buku-buku Melayu sajalah.” kata
Lina kepada Jenny.
II.
“Tak
mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang penting boleh dimakan.
Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan tengah hari ni.” kata Datin
Zura kepada pembantu rumahnya.
üMaksim Persetujuan
· →Maksim
persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan seseorang untuk
melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain.
· →Maksim
ini akan memininumkan kerugian kepada pendengar sebaliknya akan memaksimumkan
kerugian kepada diri sendiri.
· →Hal
ini adalah untuk mengelakkan daripada konflik dan perbalahan di antara satu
sama lain.
· →Selain itu, maksim ini adalah bertujuan
menjaga air muka seseorang. Berdasarkan
konsep menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang menghormati
orang yang dilawan bercakap.
· →Persetujuan
yang dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja dan
bukan isi pertuturan tersebut.
·
Contohnya:
Contohnya:
Contoh 1:
A: Awak fikir Afifah
ada kat rumah?
B: Barangkali ada.
Kan hari ini cuti.
Contoh 2:
A: Nyanyiannya memang
merdu kan?
B: Betul, tapi suara
Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.
üMaksim Simpati
· →Maksim
simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati kepada orang lain dan
memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain.
· →Dengan
itu, penutur akan cuba untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif
yang lain terhadap diri orang tersebut dan sebaliknya akan memberi sifat
simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut.
· →Dalam
maksim ini ditunjukkan oleh dua penanda yang besar iaitu takziah dan
tahniah.
· →Ucapan
takziah dan tahniah ini adalah lakuan tuturan berabad walaupun ucapan takziah
mengungkapkan pendapat negatif kepada pendengar.
· →Maksim
ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang membantu meringankan
beban yang ditanggung oleh pendengar dan menyalurkan maklumay yang berguna
untuk pendengar tersebut.
· →Dalam pernyataan simpati ini, nasihat adalah
cara terbaik untuk menggambarkan seseorang itu membantu dengan cara saling
mengambil berat dan tidak semestinya dengan kebendaan.
· →Dalam
masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan sahaja terhad kepada ucapan yang
menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut mengandungi unsur-unsur nasihat,
ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai kesopanan yang lain.
·
Contohnya:
Contohnya:
ü
“Kesian
budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah anak yatim
piatu.” luah Pat Itam kepada Mak Leha.
Mak Leha hanya mendiamkan diri kerana terkenangkan perbuatan ibu bapa
Leman yang pernah merosakkan rumah tangganya.
ü “Kalau betul nak kerja, kenapa pula
pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih muda, kerja itu tak baik untuk awak.”
nasihat Mak Mah kepada Rina.
üMaksim Sokongan
· →Maksim
sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap orang lain dan
memaksimumkan pujian terhadap orang lain.
· →Maksim
ini sebenarnya adalah maksim mengampu namun adalah tidak sesuai kerana bunyinya
yang tidak sopan dan memberi konotasi yang negatif.
· →Maksim ini biasanya adalah dengan cara memuji
dan mengiyakan perbuatan seseorang agar individu tersebut meningkatkan semangat
dan usahanya untuk melakukan sesuatu perkara dengan baiknya.
· →Dalam
masyarakat Melayu, sokongan yang diberikan bukan untuk tujuan “mengampu”
semata-mata sebaliknya untuk memberi
sokongan yang ikhlas.
· →Sokongan
ini adalah bertujuan memberikan dorongan
dan meningkatkan semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih
dalam melakukan sesuatu perkara.
·
Contohnya:
Contohnya:
→ “Kalau
dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini.” kata
Encik Zali kepada pekerja barunya.
→ “Jika
awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini budak
pintar.” kata Cikgu Murni kepada Rashid.
Maksim Kedermawaan
· Maksim
kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau keuntungan bagi diri
sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri sendiri.
· Melalui
maksim ini, pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran atau ungkapan yang
sopan seperti bantuan, pertolongan dan kasih sayang.
· Contohnya:
Contoh 1:
A: Duduklah dulu ya. Saya
pergi buat air jap.
B: Tak payahlah. Kakak tak
lama pun, singgah jap je ni.
Contoh 2:
“Sebelum awak balik, terimalah
buah tangan dari kami yang tak seberapa ni.” Ujar Datin Seri Zaleha
sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan Mak
Munah.
No comments:
Post a Comment