copy protected

Thursday, 26 September 2013

Tutorial 1



Tutorial( Kuliah 1 )

1.      Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut   
pemahaman anda sendiri.
Pengertian budi :
·         Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan .
·         Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
·         Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
·         Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
·         Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

Pengertian bahasa:
·         Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
·         Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
·         Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
·         Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


Pengertian budi bahasa:
·         Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


2.      Terangkan pengertian budi,bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia.
           
       Dalam masyarakat Cina, budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa serta tidak mengira bangsa, agama, adat resam dan kepercayaan.Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. Bukan itu sahaja, budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

       Dalam masyarakat Cina, bahasa pula membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain. Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.

       Dalam masyarakat Cina, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan, pertuturan , sikap dan perangai. Budi bahasa adalah sangat maslahat dan mesti diamalkan oleh setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang lain tidak tersinggung. Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan mengamalkan amalan budi bahasa. Dengan adanya budi bahasa, hubungan silaturahim dapat dieratkan dan secara tidak langsung, perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum dapat diwujudkan.



3.      Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysiaan?
           
Individu:
·         Dihormati oleh orang lain.
·         Mudah didampingi oleh orang lain
·         Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika berada dalam kesusahan.
·         Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
·         Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia

Masyarakat :
·         Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
·         Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat
·         Melahirkan masyarakat yang bertamadun
·         Mengeratkan hubungan silaturahim.

Negara :
·         Mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.
·         Menarik minat pelancong untuk sentiasa berkunjung ke negara kita dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara kita.
·         Nama negara dapat dijaga dapat jika amalan budi bahasa ini dipupuk oleh setiap rakyat, nama negara dapat diharumkan.

4.      Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia ?

Individu :
·         Para remaja perlulah sentiasa menjaga maruah diri dengan menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulis, bertegur sapa, sedia memohon maaf jika buat salah, membiasakan diri, memberi salam tau ucap selamat dan bantu-mambantu.
·         Remaja sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang amalan budi bahasa dan berusaha untuk mengamalkan amalan ini supaya membentuk sahsiah yang cemerlang.

Ibu bapa :

·         Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dengan amalan budi bahsa dari kecil supaya mereka dapat menyemai amalan baik ini dalam hati yang suci. Mereka akan mengetahui tentang
·         kepentingan dan secara tidak langsung, mereka akan dibesarkan dengan amalan ini.
·         Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan yang baik dengan mengamalkan amalan berbudi bahasa kepada anak-anak mereka. Anak dikatakan sehelai kertas putih dan ibu bapa akan mencorakkannya. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi teladan supaya anak mereka dapat membelajari amalan baik ini.
·         Ibu bapa juga boleh mengisi masa lapang anak mereka dengan menceritakan cerita dongeng yang mempunyai amalan budi bahasa ini. Dengan cara ini, anak mereka mempunyai kesedaran tentang kepentingan amalan ini.

Sekolah :
·         Sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik para pelajar.
·         Pihak sekolah juga boleg membuat poster-poster yang menunjukkan kepentingan-kepentingan berbudi bahasa di sekeliling kawasan sekolah supaya setiap murid ada kesedaran tentang kepentingannya.
·         Ibu bapa dan sekolah haruslah berganding bahu dengan masyarakat dalam usaha memupuk amalan budi bahasa supaya membentuk modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah.




Masyarakat dan media massa :
·         Masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah.
·         Masyarakat perlu menjadi teladan yang baik supaya remaja masa ini boleh mengikut amalan baik ini.
·         Warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar supaya pelajar boleh membelajari bahasa-bahasa yang sopan.
·         Bagi media massa pula, mereka boleh mengeluarkan iklan atau membawa mesej amalan budi bahasa dengan menggunakan media cetak seperti surat khabar.
·         Media massa juga boleh mencipta lagu yang bertemakan berbudi bahasa.


5. Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah.
·         Pada era globalisasi ini, tugas seorang guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi juga bertanggungjawab untuk melahirkan seorang murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Guru boleh mengajar murid mereka dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan supaya amalan budi bahasa dapat disemai dalam setiap pelajar.
·         Guru juga boleh menggalakkan murid untuk menyertai program-program amalan budi bahasa semasa Minggu Budi Bahasa supaya mereka mempunyai kesedaran tentang amalan baik ini.
·         Guru perlu menjadi suri teladan yang baik dengan mengamalkan amalan budi bahasa. Contohnya, semasa guru mengajar dan berinteraksi dengan pelajar, guru haruslah menggunakan bahasa dan perkataan yang sopan.
·         Guru juga boleh member kaunseling kepada murid yang kurang mengamalkan amalan budi bahasa supaya masalah sahsiah pelajar dapat diselesaikan.

Maklumat Tambahan


1. Apakah sumbangan yang boleh disumbangkan oleh bangsa India dalam amalan budi bahasa ?

Bangsa India boleh menyumbangkan sumbangan mereka dengan tidak berharap balasan daripada orang lain dan berbudi bahasa daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, bangsa India juga boleh berbudi bahasa dengan bersistem. Contohnya, mereka boleh mengamalkan amalan ini dan berbudi bahasa dalam sesuatu masyarakat. Dengan cara ini, mereka boleh menerapkan amalan budi bahasa dalam hati. Mereka boleh menghormati dan berbuat baik kepada orang lain.

2. Bagaimanakah seorang guru yang berada di kelas dapat mempengaruhi muridnya untuk mengamalkan amalan budi bahasa?

Guru yang berada di kelas perlu menjaga cara pemakaian, mereka perlu memakai pakaian formal dan sopan. Selain itu, semasa mereka mengajar murid, guru mesti adanya nilai hormat-menghormati tidak kira semasa mengajar atau semasa bertutur dengan murid. Guru tidak boleh memarahi murid sesuka hati han haruslah menghormati murid walaupun murid lebih muda. Di samping itu, janganlah bersikap " bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul." Guru seharusnya menjdi modal insan dan perlulah mula mengamalkan amalan budi bahasa dahulu sebelum mengajar muridnya.


Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong

No comments:

Post a Comment

Printfriendly