copy protected

Sunday, 8 September 2013

Kuliah 5

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Konsep Budaya

ÏKebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.

ÏEdward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

ÏKamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dll)

ÏKebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

ÏDaripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

ÏKesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.

ÏLakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

ÏFraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.

ÏSelain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

ÏJadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.

ÏSeseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya.

ÏManusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai
hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.

ÏKesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.

ÏJadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau
masyarakat, namun terdapat perbezaan.

ÏMaksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara
masyarakat di dunia ini.

ÏContohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun
nilai itu dianggap tidak santun dalam kalangan masyarakat B.

ÏPenilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing
(KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).

Kesantunan Merantas Budaya

ÏKonsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.

ÏKonsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.

ÏPemahaman tentang apa yg dikatakan SANTUN dalam pelbagai
budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.

ÏBila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya. 

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

ÏKomunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.

ÏKomunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang
berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status
sosial.

ÏKomunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang
berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks
pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.

ÏKomunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap
dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan
terhadap hubungan.

ÏJadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan diihayati.

ÏRespon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan
komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.

ÏBudaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.

ÏBudaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.

ÏKomunikasi terikat rapat dengan budaya.

ÏBudaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
berbeza.

ÏCara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya
bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang
dipegang.

ÏPerbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham.

ÏDalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu


ÏNamun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan

ÏPandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.

ÏBerbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya
seseorang itu tidak melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.

ÏDalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.

ÏJika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan
perasaan kecil hati.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia

ÏKesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di
Malaysia.

ÏPerpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang
diamalkan dalam kehidupan seharian.

ÏNamun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara
masyarakat Melayu, India, Cina dll.

ÏJadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan
menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi
amalan kesantunan.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu

ÏBerpegang kuat pada adat resam dan agama.
ÏMemberi salam apabila bersua.
ÏTidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
ÏKata sapan.
ÏKata gelaran.
ÏPanggilan.
ÏBersalam.
ÏBertanya khabar.
ÏMelayan tetamu.
ÏMenghormati orang tua.
Ïdll

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina

ÏTunduk ketika memberi salam.
ÏOrang tua makan dahulu.
ÏTunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
ÏDalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
ÏMenanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

ÏDuduk bersila semasa makan.
ÏTidak membazirkan makanan.
ÏSenyap semasa bersembahyang.
ÏMenangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
ÏMematuhi adat dan resam
ÏSalam orang yang lebih tua.

Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

ÏKerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan
mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

ÏJadi seorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai
kesantunan yang baik dari segi:
i. kesantunan berpakaian 
   Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
ii. Kesantunan tingkah laku
   →  gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi
tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, 
berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam
kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya. 
   →Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.


iii. Kesantunan berkomunikasi
    →Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira normanorma
budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
    →  Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan
situasi ketika berkomunikasi.
    →  Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa
dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang
sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak
berbudaya.
    →Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa
yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid
menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah.
    →  Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan
prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.


Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong


No comments:

Post a Comment

Printfriendly