Kuliah 1
Pengertian budi, bahasa dan budi bahasa
Pengertian budi, bahasa dan budi bahasa
Lagu
Erti Budi:
Sepasang kaki melangkah
Meniti usia
Hari yang berlalu pergi
Takkan kembali
Seiring dengan masa aku dewasa
Dan kini kufahami ertinya budi
Ku sedar kau sejak dulu
Menatangiku
Tak pernah diriku ini
Engkau kasari
Terisi tiap waktu permintaanku
Diriku kebanjiran kasih dan sayang
Walau tak kuucapkan
Walau tak kupamirkan
Di hatiku selalu menghargaimu
Tunggulah tiba waktu
Di saat tika perlu
Ku pasti akan berada di sampingmu
Akulah embun……….akulah hujan
Pada ketika kau hangat kegersangan
Semakin
kumengenali ertinya budi
Semakin kau kusanjungi di dalam hati
Sedaya upayaku akan ku cuba
Membahagiakan mu setiap masa
Renungi Pantun di Bawah ;
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa,
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.
Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.
Pengertian Budi
v Hati yang menjadi
panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik
v Tabiat/akhlak/watak
v Fikiran
v Perbuatan baik
v Daya upaya baik
v Pertimbangan akal yang
baik
Pengertian
Budi
→ Kamus Dewan
(2002:488)mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar,
elok dan molek.
→Menurut Kamus Dewan
(2002:180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak,
tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan,
bicara dan daya upaya.
→Mustafa Haji Daud
(1995:1)merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan
dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambing pekerti yang baik atau akhlak
yang terpuji.
→Bagi masyarakat Melayu
amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan
yang diberikan kepada individu yang lain.
→Orang yang menerima budi
pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima
dengan penuh ikhlas dan kesyukuran. Lazimnya, orang yang
menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.
→Budi atau sumbangan itu
baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin
diberkati ALLAH SWT.
→Budi Bahasa merupakan
satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati
orang lain.
→Maka secara khususnya budi bahasa merupakan
satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan yang sempurna
dari mata masyarakat.
ØKamus Dewan (2002:87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) system lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-santun.
ØWilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.
ØFerdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat .
ØFerdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.
ØCharles F.Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit.
ØJohn B.Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vocal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.
ØBloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
ØBahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan articulator-artikulator lain.
ØSetiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.
ØTiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.
ØSetiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur pendengar.
ØBahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur.
ØBunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu ( satu lambang mewakili satu bunyi ) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear.
Ø Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.
ØKamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya)
ØMenurut Asmah Hj. Omar (1983:376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makna yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta.
Ø Fungsi bahasa:
Ø Penghubung-interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
Ø Pernyataan perasaan-ekspresi dan luahan
Ø Pernyataan fikiran-neurologi
Pengertian Budi Bahasa:
Ø Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
Ø Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu, malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.
Ø ujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang dan kesejahteraan.
Ø Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
Ø Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
Ø Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsure fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.
Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.
Kedua-kedua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa
v Menurut Mustafa Haji Daud (1995:1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman.
v Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.
v Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.
v Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang bangsa, negara dan terutama agama.

v Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.
v Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.
Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
ISL(NOTA TAMBAHAN)
Budi
Ø Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi
dikaitkan dengan akal atau kebijaksanaan. Budi juga dikaitkan dengan sifat
baik, perbuatan atau kebajikan.
Ø Menurut Kamus Dewan ( 2002:180 ), budi ialah
akal dan kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, watak, dan sifat baik,
perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.
Ø Mustafa Haji Daud ( 1995:1 )merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang
pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.
Ø Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi
itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada
individu yang lain.
Ø Budi baik – Jika kita
berbudi dengan orang lain ( dikaitkan dengan kelakuan positif ), perbuatan ini
dibuat daripada hati yang ikhlas dan suci.
Ø Contoh : Berkelakuan
baik dengan orang lain.
Bahasa
ØKamus Dewan ( 2002:87 ) mencatatkan maksud bahasa pula ditakrifkan sebagai system lambang bunyi suara yang arbitrari yang dipakai / dihujah / dicakapkan / dituturkan / digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia seperti antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya.
Ø Arbitrari – Bahasa boleh dicipta asalkan bahasa itu boleh diterima oleh sesuatu kelompok / masyarakat.
Ø Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.
Ø Bahasa juga merupakan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik atau sopan santun.
Ø Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit.
ØJohn B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.
Ø Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
Ø Bahasa merupakan satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. Selain itu, bahasa juga boleh dikatakan merupakan satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain. Bahasa merupakan satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
ØSecara kesimpulannya, bahasa merupakan satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasalah manusia dapat berkomunikasi.

Budi Bahasa
ØBudi bahasa membawa erti menabur jasa dan bakti melalui bahasa.
ØBudi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia.
ØMenurut buku Tesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pula mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket, adab sopan santun, pekerti, akhlak yang beradat dan berbahasa.
ØDengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
ØAmalan budi bahasa boleh dikatakan membawa maksud usaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan tingkah laku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik.
ØJika digabungkan perkataan budi dan bahasa, ianya akan merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkumi dalam konsep budi bahasa.
ØContoh: menggunakan bahasa yang sopan dengan orang lain supaya orang lain tidak tersinggung.
ØSecara kesimpulannya, budi bahasa boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkah laku, perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama.

Pantun :
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang
orang,
Budi bahasa
rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam
konon tempatnya;
Cantik manis barang
lakunya,
Serta dengan budi
bahasanya.
Mari Kita Amalkan , BUDI BAHASA !!!
Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung heng
Ngien Yien Yong
No comments:
Post a Comment