copy protected

Thursday, 26 September 2013

Kuliah 1

Kuliah 1
Pengertian budi, bahasa dan budi bahasa
Lagu

Erti Budi:
Sepasang kaki melangkah
Meniti usia
Hari yang berlalu pergi
Takkan kembali
Seiring dengan masa aku dewasa
Dan kini kufahami ertinya budi

Ku sedar kau sejak dulu
Menatangiku
Tak pernah diriku ini
Engkau kasari
Terisi tiap waktu permintaanku
Diriku kebanjiran kasih dan sayang

Walau tak kuucapkan
Walau tak kupamirkan
Di hatiku selalu menghargaimu
Tunggulah tiba waktu
Di saat tika perlu
Ku pasti akan berada di sampingmu
Akulah embun……….akulah hujan
Pada ketika kau hangat kegersangan

 Semakin kumengenali ertinya budi
Semakin kau kusanjungi di dalam hati
Sedaya upayaku akan ku cuba
Membahagiakan mu setiap masa
Renungi Pantun di Bawah ;
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa,

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Maju bangsa kerana bahasa.

Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.



Pengertian Budi

v Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik
Tabiat/akhlak/watak
Fikiran
Perbuatan baik
Daya upaya baik
Pertimbangan akal yang baik


Pengertian Budi

 Kamus Dewan (2002:488)mencatatkan bahawa yang dimaksudkan indah ialah cantik, bagus benar, elok dan molek.

Menurut Kamus Dewan (2002:180), budi ialah (1) akal dan kebijaksanaan, (2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, dan (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

Mustafa Haji Daud (1995:1)merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambing pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.

Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.

Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLAH SWT.


Budi Bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.


Maka secara khususnya budi bahasa merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir sebagai insan yang sempurna dari mata masyarakat.



Pengertian Bahasa

ØKamus Dewan (2002:87) mencatatkan maksud bahasa ialah (1) system lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan-santun.

ØWilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.

ØFerdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat .

ØFerdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.

ØCharles F.Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit.

ØJohn B.Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vocal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.

ØBloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

ØBahasa ialah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan articulator-artikulator lain.

ØSetiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.

ØTiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

ØSetiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur pendengar.

ØBahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur.

ØBunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu ( satu lambang mewakili satu bunyi ) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear.

Ø Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

ØKamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya)

ØMenurut Asmah Hj. Omar (1983:376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Suatu urutan bunyi atau kata itu mempunyai makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makna yang diisyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta.

Ø Fungsi bahasa:
Ø  Penghubung-interaksi jelas, luas, tanpa sempadan
Ø  Pernyataan perasaan-ekspresi dan luahan
Ø  Pernyataan fikiran-neurologi



Pengertian Budi Bahasa:

Ø Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Ø Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu, malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.

Ø ujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang dan kesejahteraan.

Ø Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

 Ø Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Ø Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsure fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.


Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia kerana tidak berbudi.

Di sana padi di sini padi,
Baru bernama sawah dan bendang;
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna menjadi orang.

Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.


Kedua-kedua pantun di atas jelas pertautan budi dengan bahasa


v Menurut Mustafa Haji Daud (1995:1) seringkali perkataan budi ditambah dengan awalan “ber” atau akhiran “man” menjadikannya berbudi atau budiman.


v 
Penambahan itu selain menyedapkan bunyi, adalah juga sebagai petanda orang Melayu menjunjung tinggi peranan budi dan bahasa.

v Orang berbudi atau orang budiman pada persepsi orang Melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan. Orang berkenaan dianggap memiliki sifat peribadi yang sempurna.

 
v Nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang bangsa, negara dan terutama agama.

v Walaupun manusia berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun nilai budi bahasa tetap diharapkan menjadi amalan.

v Dikatakan bahawa orang yang diingati, dikenangi dan disayangi oleh seseorang ialah orang yang berbudi bahasa, sebagaimana gambaran pantun di bawah.


Anak merpati disambar helang,
Terbang ketitir di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.



ISL(NOTA TAMBAHAN)

Budi

Ø   Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi dikaitkan dengan akal atau kebijaksanaan. Budi juga dikaitkan dengan sifat baik, perbuatan atau kebajikan.

Ø Menurut Kamus Dewan ( 2002:180 ), budi ialah akal dan kebijaksanaan, perangai, akhlak, tingkah laku, watak, dan sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

Ø  Mustafa Haji Daud ( 1995:1 )merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji.

Ø  Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

Ø  Budi baik – Jika kita berbudi dengan orang lain ( dikaitkan dengan kelakuan positif ), perbuatan ini dibuat daripada hati yang ikhlas dan suci.

Ø  Contoh : Berkelakuan baik dengan orang lain.


Bahasa

ØKamus Dewan ( 2002:87 ) mencatatkan maksud bahasa pula ditakrifkan sebagai system lambang bunyi suara yang arbitrari yang dipakai / dihujah / dicakapkan / dituturkan / digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia seperti antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya.

Ø Arbitrari – Bahasa boleh dicipta asalkan bahasa itu boleh diterima oleh sesuatu kelompok / masyarakat.

Ø   Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.

Ø      Bahasa juga merupakan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik atau sopan santun.

Ø   Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. 

ØJohn B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. 

Ø   Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

Ø Bahasa merupakan satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. Selain itu, bahasa juga boleh dikatakan merupakan satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain. Bahasa merupakan satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.

ØSecara kesimpulannya, bahasa merupakan satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasalah manusia dapat berkomunikasi.

Budi Bahasa

ØBudi bahasa membawa erti menabur jasa dan bakti melalui bahasa.

ØBudi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia.

ØMenurut buku Tesaurus Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pula mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket, adab sopan santun, pekerti, akhlak   yang beradat dan berbahasa.

ØDengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik  terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam      konsep budi bahasa.

ØAmalan budi bahasa boleh dikatakan membawa maksud usaha yang terancang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan tingkah laku dan perbuatan berdasarkan prinsip dan standard yang elok dan baik.

ØJika digabungkan perkataan budi dan bahasa, ianya akan merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkumi dalam konsep budi bahasa.

ØContoh: menggunakan bahasa yang sopan dengan orang lain supaya orang lain tidak tersinggung.

ØSecara kesimpulannya, budi bahasa boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkah laku, perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama.

Pantun :

Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;             
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.


Mari Kita Amalkan , BUDI BAHASA !!!





Disediakan oleh:

Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung heng
Ngien Yien Yong

Tutorial 1



Tutorial( Kuliah 1 )

1.      Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut   
pemahaman anda sendiri.
Pengertian budi :
·         Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan .
·         Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
·         Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
·         Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
·         Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

Pengertian bahasa:
·         Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
·         Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
·         Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
·         Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


Pengertian budi bahasa:
·         Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


2.      Terangkan pengertian budi,bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia.
           
       Dalam masyarakat Cina, budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa serta tidak mengira bangsa, agama, adat resam dan kepercayaan.Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. Bukan itu sahaja, budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

       Dalam masyarakat Cina, bahasa pula membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain. Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.

       Dalam masyarakat Cina, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan, pertuturan , sikap dan perangai. Budi bahasa adalah sangat maslahat dan mesti diamalkan oleh setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang lain tidak tersinggung. Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan mengamalkan amalan budi bahasa. Dengan adanya budi bahasa, hubungan silaturahim dapat dieratkan dan secara tidak langsung, perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum dapat diwujudkan.



3.      Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysiaan?
           
Individu:
·         Dihormati oleh orang lain.
·         Mudah didampingi oleh orang lain
·         Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika berada dalam kesusahan.
·         Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
·         Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia

Masyarakat :
·         Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
·         Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat
·         Melahirkan masyarakat yang bertamadun
·         Mengeratkan hubungan silaturahim.

Negara :
·         Mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.
·         Menarik minat pelancong untuk sentiasa berkunjung ke negara kita dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara kita.
·         Nama negara dapat dijaga dapat jika amalan budi bahasa ini dipupuk oleh setiap rakyat, nama negara dapat diharumkan.

4.      Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia ?

Individu :
·         Para remaja perlulah sentiasa menjaga maruah diri dengan menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulis, bertegur sapa, sedia memohon maaf jika buat salah, membiasakan diri, memberi salam tau ucap selamat dan bantu-mambantu.
·         Remaja sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang amalan budi bahasa dan berusaha untuk mengamalkan amalan ini supaya membentuk sahsiah yang cemerlang.

Ibu bapa :

·         Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dengan amalan budi bahsa dari kecil supaya mereka dapat menyemai amalan baik ini dalam hati yang suci. Mereka akan mengetahui tentang
·         kepentingan dan secara tidak langsung, mereka akan dibesarkan dengan amalan ini.
·         Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan yang baik dengan mengamalkan amalan berbudi bahasa kepada anak-anak mereka. Anak dikatakan sehelai kertas putih dan ibu bapa akan mencorakkannya. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi teladan supaya anak mereka dapat membelajari amalan baik ini.
·         Ibu bapa juga boleh mengisi masa lapang anak mereka dengan menceritakan cerita dongeng yang mempunyai amalan budi bahasa ini. Dengan cara ini, anak mereka mempunyai kesedaran tentang kepentingan amalan ini.

Sekolah :
·         Sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik para pelajar.
·         Pihak sekolah juga boleg membuat poster-poster yang menunjukkan kepentingan-kepentingan berbudi bahasa di sekeliling kawasan sekolah supaya setiap murid ada kesedaran tentang kepentingannya.
·         Ibu bapa dan sekolah haruslah berganding bahu dengan masyarakat dalam usaha memupuk amalan budi bahasa supaya membentuk modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah.




Masyarakat dan media massa :
·         Masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah.
·         Masyarakat perlu menjadi teladan yang baik supaya remaja masa ini boleh mengikut amalan baik ini.
·         Warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar supaya pelajar boleh membelajari bahasa-bahasa yang sopan.
·         Bagi media massa pula, mereka boleh mengeluarkan iklan atau membawa mesej amalan budi bahasa dengan menggunakan media cetak seperti surat khabar.
·         Media massa juga boleh mencipta lagu yang bertemakan berbudi bahasa.


5. Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah.
·         Pada era globalisasi ini, tugas seorang guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi juga bertanggungjawab untuk melahirkan seorang murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Guru boleh mengajar murid mereka dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan supaya amalan budi bahasa dapat disemai dalam setiap pelajar.
·         Guru juga boleh menggalakkan murid untuk menyertai program-program amalan budi bahasa semasa Minggu Budi Bahasa supaya mereka mempunyai kesedaran tentang amalan baik ini.
·         Guru perlu menjadi suri teladan yang baik dengan mengamalkan amalan budi bahasa. Contohnya, semasa guru mengajar dan berinteraksi dengan pelajar, guru haruslah menggunakan bahasa dan perkataan yang sopan.
·         Guru juga boleh member kaunseling kepada murid yang kurang mengamalkan amalan budi bahasa supaya masalah sahsiah pelajar dapat diselesaikan.

Maklumat Tambahan


1. Apakah sumbangan yang boleh disumbangkan oleh bangsa India dalam amalan budi bahasa ?

Bangsa India boleh menyumbangkan sumbangan mereka dengan tidak berharap balasan daripada orang lain dan berbudi bahasa daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, bangsa India juga boleh berbudi bahasa dengan bersistem. Contohnya, mereka boleh mengamalkan amalan ini dan berbudi bahasa dalam sesuatu masyarakat. Dengan cara ini, mereka boleh menerapkan amalan budi bahasa dalam hati. Mereka boleh menghormati dan berbuat baik kepada orang lain.

2. Bagaimanakah seorang guru yang berada di kelas dapat mempengaruhi muridnya untuk mengamalkan amalan budi bahasa?

Guru yang berada di kelas perlu menjaga cara pemakaian, mereka perlu memakai pakaian formal dan sopan. Selain itu, semasa mereka mengajar murid, guru mesti adanya nilai hormat-menghormati tidak kira semasa mengajar atau semasa bertutur dengan murid. Guru tidak boleh memarahi murid sesuka hati han haruslah menghormati murid walaupun murid lebih muda. Di samping itu, janganlah bersikap " bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul." Guru seharusnya menjdi modal insan dan perlulah mula mengamalkan amalan budi bahasa dahulu sebelum mengajar muridnya.


Disediakan oleh:
Ivy Lieu Chai Ling
Wong Hung Cheng
Ngien Yien Yong

Printfriendly